Wednesday, December 21, 2011

Chapter 3 : Closer

Johny sedang membaca novel pengembaraan yang memang di minatinya sejak dari kecil. Di dalam bilik tidurnya terdapat banyak sumber bacaan dan buku-buku novel yang selalu menjadi inspirasinya. Pernah juga dia memikirkan tentang pengembaraan yang ingin di laluinya satu ketika dahulu. Namun apa kan daya, pekan tempat tinggalnya bukan sahaja membosankan, malah tidak pernah ada satu pun acara yang menarik di anjurkan dapat memenuhi tahap imaginasi kembaranya. Perasaan dan semangatnya akan berlainan bila mendapat bahan-bahan bacaan tersebut. Seperti dirinya sendiri menjadi watak utama di dalam novel yang di bacanya.

Hujan menjadi semakin lebat. Guruh sudah mula berdentum sejak dari tadi lagi. Keadaan di luar semakin gelap. Suasana dan keadaan itu memainkan peranan penting dalam membentuk imaginasi Johny yang sudah sememangnya lama hanyut dalam dunia pengembaraannya. Keadaan dan suasana yang mengasyikkan itu menyebabkan Johny tidak sedar masa yang berlalu dengan pantas di seklilingnya. Jam dinding di bilik yang tergantung kemas menunjukkan waktu yang sudah hampir jauh meninggalkan dirinya jauh di belakang.

.:9:52pm:.

Sedang Johny berasa lebih selesa, telefon bimbitnya tiba-tiba bergetar. Sudah menjadi kebiasaan Johny untuk meletakkan telefon bimbitnya dalam mode senyap kerana tidak mahu di ganggu ketika dia sedang sibuk dengan aktiviti membacanya. Dia yang sedang asyik membaca di atas katil yang lembut dan selesa dapat mengesan getaran telefonnya yang di letakkan di bawah bantal tidur. Johny mencapai dan meneliti. Tertera nama si pemanggil yang sememangnya sangat-sangat dia kenali.

            “Jack?” Johny membaca nama si pemanggil.

         “Hello..what’s up brother?!” memang itu ayat kebiasaan yang selalu di ucapkannya setiap kali Jack menghubunginya.

       “Hello..? Jack..? hello..?” Johny tidak mendengar apa-apa suara pun dari sebelah pemanggilnya. Berulang kali memanggil nama Jack, namun tiada sebarang bunyi yang kedengaran.

       “Pelik..” Johny meletakan panggilan telefon dan berasa pelik. Mengapa Jack telefonnya dan tidak bercakap langsung. Mungkin Jack ingin mengenakannya. Johny memikirkan kebarangkalian yang ada.

Selang beberapa minit, telefonnya bergetar seketika. Seolah-olah ada teks mesej masuk ke kotak peti simpanan mesejnya. Johny memeriksa mesej tersebut.

Johny, datang ke sekolah sekarang.
Aku bersama Amanda.
Ada sesuatu yang patut kau tengok.
Misteri dan perkara yang besar.
Aku tak dapat hubungi kau, mungkin di sebabkan cuaca buruk ni.
Datang sekarang..!!

Johny berasa pelik dengan teks mesej dari Jack. Sekolah? Sekarang? Waktu malam? Waktu hujan lebat? Apa yang mereka berdua lakukan pada waktu-waktu seperti ini?. Bermacam-macam persoalan timbul di dalam fikirannya.

Tidak beberapa lama selepas itu, senyuman sinis terukir di wajahnya.

“Dengan Amanda..?” senyuman Johny menjadi semakin jahat, memikirkan sesuatu yang nakal.

“I’m on my way buddy..!” Johny bersemangat. Dengan tergopoh gapah dia mengenakan pakaian yang sesuai untuk ke luar. Beliau mencapai kunci keretanya dan terus beredar dari biliknya.


***********

Jack dan Amanda memeriksa peta yang terbentang di depan mereka. Selepas merasakan yang keadaan mereka selamat buat sementara waktu, mereka cuba meneliti peta itu sepenuhnya. Keadaan yang samar-samar itu menjadi tempat persembunyian sementara yang baik untuk mereka berdua.

“Saya rasa hanya ada satu jalan sahaja untuk mengetahui maksud simbol-simbol ini..kita kena ke bilik En Nathan..” cadangan Jack sememangnya bunyi mencabar.

“Awak serius?” Amanda inginkan kepastian.

“Yap..” Jack menjawab tidak sepenuh  hatinya. Dia  tidak pasti perkara apa yang akan di laluinya nanti. Dan yang lebih membimbangkannya adalah keselamatan mereka berdua. Jika mereka di tangkap, sudah pasti mereka akan di gantung, atau paling teruk, mereka akan dibuang sekolah kerana menceroboh masuk kawasan sekolah.

Mereka berdua bangun dan meneliti keadaan di luar makmal mereka yang gelap. Memastikan tiada sesiapa lagi yang berkeliaran di kawasan hall utama sekolah. Gulungan peta di sisip kemas di celah tangan Jack. Dalam hatinya terlalu kuat ingin mengetahui tentang fakta yang terdapat di dalam peta asing yang di lihatnya sebentar tadi. Didalam cahaya yang samar-samar diluar makmal memberi kelebihan kepada mereka untuk bergerak dengan senyap dan menyorok. Jack memimpin Amanda di depan menaiki tangga utama untuk naik ke tingkat atas, tempat di mana terletaknya bilik guru-guru yang mengajar sains. Di situ juga terletaknya bilik guru En Nathan.

“Nathan J. Henderson..” Jack membaca tag nama yang di letakkan di luar pintu bilik. Dia mengintai dari luar melalui cermin pintu itu. dari situ, memang jelas kelihtan gurunya sedang meneliti komputer peribadinya. Hanya sebuah lampu kuning dinyalakan. Mungkin bagi mengelakkan orang lain tahu akan aktivitinya di sekolah.

“Ada sesuatu yang tidak kena disini..” Amanda berbisik ke telinga Jack.




Jack masih meneliti keadaan di dalam. Cuba mencari jalan hendak masuk secara senyap supaya tidak di sedari sesiapa. Kelebihan mereka apabila En Nathan asyik dengan komputer nya yang mengadap tingkap dan membelakangi pintu bilik. Dibelakangnya terdapat sebuah meja yang luas dan diatas nya terbentang sebuah kertas putih yang besar. Diatas kertas putih itu terdapat lakaran-lakaran seakan-akan peta bentuk muka bumi yang di lukis gurunya. Ada beberapa buah buku tebal dengan kulit bukunya yang tebal dan kelihatan usang seperti sebuah buku sejarah yang lama di susun bertingkat-tingkat di sebelah meja itu. Jack boleh nampak di skrin komputer gurunya itu yang sedang melihat beberapa bentuk symbol kuno. Terdapat juga beberapa bentuk simbol-simbol itu di cetak dan di lekatkan di papan maklumat peribadinya.



“Kenapa seorang guru sains mempunyai peralatan dan sumber kajian seperti seorang ahli arkeologi?” Jack kehairanan.

“Saya ingin melihat dengan lebih dekat lagi..”

“Jangan! Awak akan di tangkap nanti..kita sudah terlalu dekat..” bantah Amanda.

“Jangan risau Amanda, saya tidak akan tertangkap..jika keadaan itu berlaku, awak lari..” terang Jack.

Namun, nasibnya begitu malang apabila telefon bimbitnya berbunyi. Keadaan menjadi cemas seketika. Jack tergopah gapah mencari telefonnya yang terletak didalam poket seluar untuk mematikan bunyi. Kedengaran bunyi telefon nya begitu kuat sekali sehingga boleh di didengari di hujung koridor walaupun dalam keadaan hujan lebat.

“Telefon bodoh..!” Jack mematikan telefon nya yang sedang dihubungi seseorang dalam keadaan yang tersangat cemas. Amanda juga.

Pintu bilik itu terbuka dan berdiri sekujur tubuh betul-betul dihadapan mereka. Jack dan Amanda mengalihkan pandangan mereka perlahan-lahan kearahnya. En Nathan berdiri dengan mencekak pinggangnya dengan muka yang serius.

Mereka tertangkap.


.............................................................


No comments:

Post a Comment