Wednesday, December 21, 2011

Chapter 3 : Closer

Johny sedang membaca novel pengembaraan yang memang di minatinya sejak dari kecil. Di dalam bilik tidurnya terdapat banyak sumber bacaan dan buku-buku novel yang selalu menjadi inspirasinya. Pernah juga dia memikirkan tentang pengembaraan yang ingin di laluinya satu ketika dahulu. Namun apa kan daya, pekan tempat tinggalnya bukan sahaja membosankan, malah tidak pernah ada satu pun acara yang menarik di anjurkan dapat memenuhi tahap imaginasi kembaranya. Perasaan dan semangatnya akan berlainan bila mendapat bahan-bahan bacaan tersebut. Seperti dirinya sendiri menjadi watak utama di dalam novel yang di bacanya.

Hujan menjadi semakin lebat. Guruh sudah mula berdentum sejak dari tadi lagi. Keadaan di luar semakin gelap. Suasana dan keadaan itu memainkan peranan penting dalam membentuk imaginasi Johny yang sudah sememangnya lama hanyut dalam dunia pengembaraannya. Keadaan dan suasana yang mengasyikkan itu menyebabkan Johny tidak sedar masa yang berlalu dengan pantas di seklilingnya. Jam dinding di bilik yang tergantung kemas menunjukkan waktu yang sudah hampir jauh meninggalkan dirinya jauh di belakang.

.:9:52pm:.

Sedang Johny berasa lebih selesa, telefon bimbitnya tiba-tiba bergetar. Sudah menjadi kebiasaan Johny untuk meletakkan telefon bimbitnya dalam mode senyap kerana tidak mahu di ganggu ketika dia sedang sibuk dengan aktiviti membacanya. Dia yang sedang asyik membaca di atas katil yang lembut dan selesa dapat mengesan getaran telefonnya yang di letakkan di bawah bantal tidur. Johny mencapai dan meneliti. Tertera nama si pemanggil yang sememangnya sangat-sangat dia kenali.

            “Jack?” Johny membaca nama si pemanggil.

         “Hello..what’s up brother?!” memang itu ayat kebiasaan yang selalu di ucapkannya setiap kali Jack menghubunginya.

       “Hello..? Jack..? hello..?” Johny tidak mendengar apa-apa suara pun dari sebelah pemanggilnya. Berulang kali memanggil nama Jack, namun tiada sebarang bunyi yang kedengaran.

       “Pelik..” Johny meletakan panggilan telefon dan berasa pelik. Mengapa Jack telefonnya dan tidak bercakap langsung. Mungkin Jack ingin mengenakannya. Johny memikirkan kebarangkalian yang ada.

Selang beberapa minit, telefonnya bergetar seketika. Seolah-olah ada teks mesej masuk ke kotak peti simpanan mesejnya. Johny memeriksa mesej tersebut.

Johny, datang ke sekolah sekarang.
Aku bersama Amanda.
Ada sesuatu yang patut kau tengok.
Misteri dan perkara yang besar.
Aku tak dapat hubungi kau, mungkin di sebabkan cuaca buruk ni.
Datang sekarang..!!

Johny berasa pelik dengan teks mesej dari Jack. Sekolah? Sekarang? Waktu malam? Waktu hujan lebat? Apa yang mereka berdua lakukan pada waktu-waktu seperti ini?. Bermacam-macam persoalan timbul di dalam fikirannya.

Tidak beberapa lama selepas itu, senyuman sinis terukir di wajahnya.

“Dengan Amanda..?” senyuman Johny menjadi semakin jahat, memikirkan sesuatu yang nakal.

“I’m on my way buddy..!” Johny bersemangat. Dengan tergopoh gapah dia mengenakan pakaian yang sesuai untuk ke luar. Beliau mencapai kunci keretanya dan terus beredar dari biliknya.


***********

Jack dan Amanda memeriksa peta yang terbentang di depan mereka. Selepas merasakan yang keadaan mereka selamat buat sementara waktu, mereka cuba meneliti peta itu sepenuhnya. Keadaan yang samar-samar itu menjadi tempat persembunyian sementara yang baik untuk mereka berdua.

“Saya rasa hanya ada satu jalan sahaja untuk mengetahui maksud simbol-simbol ini..kita kena ke bilik En Nathan..” cadangan Jack sememangnya bunyi mencabar.

“Awak serius?” Amanda inginkan kepastian.

“Yap..” Jack menjawab tidak sepenuh  hatinya. Dia  tidak pasti perkara apa yang akan di laluinya nanti. Dan yang lebih membimbangkannya adalah keselamatan mereka berdua. Jika mereka di tangkap, sudah pasti mereka akan di gantung, atau paling teruk, mereka akan dibuang sekolah kerana menceroboh masuk kawasan sekolah.

Mereka berdua bangun dan meneliti keadaan di luar makmal mereka yang gelap. Memastikan tiada sesiapa lagi yang berkeliaran di kawasan hall utama sekolah. Gulungan peta di sisip kemas di celah tangan Jack. Dalam hatinya terlalu kuat ingin mengetahui tentang fakta yang terdapat di dalam peta asing yang di lihatnya sebentar tadi. Didalam cahaya yang samar-samar diluar makmal memberi kelebihan kepada mereka untuk bergerak dengan senyap dan menyorok. Jack memimpin Amanda di depan menaiki tangga utama untuk naik ke tingkat atas, tempat di mana terletaknya bilik guru-guru yang mengajar sains. Di situ juga terletaknya bilik guru En Nathan.

“Nathan J. Henderson..” Jack membaca tag nama yang di letakkan di luar pintu bilik. Dia mengintai dari luar melalui cermin pintu itu. dari situ, memang jelas kelihtan gurunya sedang meneliti komputer peribadinya. Hanya sebuah lampu kuning dinyalakan. Mungkin bagi mengelakkan orang lain tahu akan aktivitinya di sekolah.

“Ada sesuatu yang tidak kena disini..” Amanda berbisik ke telinga Jack.




Jack masih meneliti keadaan di dalam. Cuba mencari jalan hendak masuk secara senyap supaya tidak di sedari sesiapa. Kelebihan mereka apabila En Nathan asyik dengan komputer nya yang mengadap tingkap dan membelakangi pintu bilik. Dibelakangnya terdapat sebuah meja yang luas dan diatas nya terbentang sebuah kertas putih yang besar. Diatas kertas putih itu terdapat lakaran-lakaran seakan-akan peta bentuk muka bumi yang di lukis gurunya. Ada beberapa buah buku tebal dengan kulit bukunya yang tebal dan kelihatan usang seperti sebuah buku sejarah yang lama di susun bertingkat-tingkat di sebelah meja itu. Jack boleh nampak di skrin komputer gurunya itu yang sedang melihat beberapa bentuk symbol kuno. Terdapat juga beberapa bentuk simbol-simbol itu di cetak dan di lekatkan di papan maklumat peribadinya.



“Kenapa seorang guru sains mempunyai peralatan dan sumber kajian seperti seorang ahli arkeologi?” Jack kehairanan.

“Saya ingin melihat dengan lebih dekat lagi..”

“Jangan! Awak akan di tangkap nanti..kita sudah terlalu dekat..” bantah Amanda.

“Jangan risau Amanda, saya tidak akan tertangkap..jika keadaan itu berlaku, awak lari..” terang Jack.

Namun, nasibnya begitu malang apabila telefon bimbitnya berbunyi. Keadaan menjadi cemas seketika. Jack tergopah gapah mencari telefonnya yang terletak didalam poket seluar untuk mematikan bunyi. Kedengaran bunyi telefon nya begitu kuat sekali sehingga boleh di didengari di hujung koridor walaupun dalam keadaan hujan lebat.

“Telefon bodoh..!” Jack mematikan telefon nya yang sedang dihubungi seseorang dalam keadaan yang tersangat cemas. Amanda juga.

Pintu bilik itu terbuka dan berdiri sekujur tubuh betul-betul dihadapan mereka. Jack dan Amanda mengalihkan pandangan mereka perlahan-lahan kearahnya. En Nathan berdiri dengan mencekak pinggangnya dengan muka yang serius.

Mereka tertangkap.


.............................................................


Wednesday, November 30, 2011

Chapter 2 : Note From Amanda

Hujan masih lagi tidak berhenti dari membasahi bumi. Kedinginan malam mula terasa, tambahan pula hujan yang masih turun membangkitkan suasana yang basah dan sejuk. Keadaan dalam rumah mula menjadi suam apabila pendiang api di hidupkan bagi menaikkan sedikit rasa hangat dan selesa. Keadaan yang selesa itu sedikit sebanyak memberi impak kepada seorang lelaki berumur lingkungan 40-an yang sedang terlena di atas sofa yang sangat selesa bersama surat khabar harian yang di bacanya.



Payung merah jambu yang basah di kuncup dan di gantungkan di tepi rak kasut pada pintu hadapan rumah. Keadaan sepasang kasut yang basah di letakkan rapi di atas rak kasut menanti masa yang sesuai untuk di cuci dan di keringkan. Ianya menjadi peneman kepada sebuah balang kecil berisi air, yang membentuk sebuah taman kehidupan kepada dua ekor ikan emas yang gemuk. Terselit sekuntum bunga ros di bibir balang air tersebut menaikkan seri warna dan perasaan yang menawan.

Bunyi pancuran air dari dalam sebuah bilik mandi terhenti apabila Jack, sudah selesai membersihkan badannya dengan siraman mandi air panas. Melangkah keluar dari bilik mandi dengan mengelap rambut nya yang masih basah dengan tuala merah. Perasaan segar kembali hidup selepas beberapa ketika bergelumang dengan keadaan yang basah dan kurang selesa semasa meredahi hujan dari sekolah hingga ke rumah. Matanya memandang ke arah jam digital hitam sebesar tapak tangan yang terletak cermat di atas meja belajar biliknya. Digit-digit nombor kecil berwarna merah berada di tengah-tengah jam itu mempamerkan waktu semasa pada setiap masa.

.:6.57 pm:.

Pandangannya beralih ke sekeping sampul surat putih terletak bersebelahan dengan jam. Dalam hatinya tidak sabar ingin mengetahui isi kandungan di dalam. Apakah kata-kata misteri yang di tulis Amanda kepadanya. Fikirannya terus melayang mencari jawapan yang sesuai dengan kapasiti kehendak hatinya. Dia tersenyum.

Selepas mengenakan pakaian malam, Jack terus mendapatkan mejanya. Berniat hendak membuka surat dari Amanda. Sambil membelek dan melihat tulisan tangan yang cantik di atas surat itu , Jack boleh meneka betapa lembutnya tangan si penulis yang menulis surat itu.

            “Jack! Jack!..Jack!” jerit seorang perempuan yang berumur, Mrs Raymond, ibu kepada Jack.

          “Makan malam sudah sedia..mari turun makan..” sambung ibunya lagi memanggil anak lelaki nya itu dengan penuh perasaan keibuan.

            “Baik mak..lima minit..!” jawab Jack sambil memasukan sampul surat itu ke dalam laci mejanya. Dihadapannya terlekap sebuah tingkap bilik tidur yang bebentuk bulat, berdiameter satu meter dan mempunyai tulang tingkap yang bersilang. Dari tempat duduknya boleh menampakan pemandangan ke luar rumah. Sebatang lampu jalan di hadapan pagar kayu rumah sudah dinyalakan menandakan hari sudah memasuki fasa yang seterusnya. Untuk seketika, pandangannya menjadi khayal bila dihanyutkan dengan bunyi hujan di luar. Memikirkan tentang betapa selesanya keadaan didalam rumah dengan keadaan yang basah di sebalik cermin tingkapnya.

            Jack turun ke tingkat bawah rumahnya. Terus menuju ke dapur yang menjadi taman hiburan kepada ibunya yang sangat suka memasak. Bau yang harum dan lazat mula mencari haluan menusuk ke hidung Jack yang sememangnya sangat lapar. Dihadapan Jack telah terhidang beberapa jenis lauk kegemarannya. Perut mula terasa kosong.

            “Bau yang sungguh menyelerakan.. apakah menu utama makan malam kita hari ini?” tanya Jack kepada ibunya yang sedang menyiapkan minuman makan mereka.

            “Makanan kegemaran kamu lah Jack.. “ jawab ibunya dengan penuh senyuman.
           
            “Ayam panggang dan sup ayam..” sambungnya lagi.

“wow, hebatnya ibu..!!” jawab Jack

“Pergi kejutkan ayah kamu di depan..ok?”

“Baik!”

Jack berjalan menuju ke ruang utama rumahnya dimana terletaknya pendiang api yang menghangat kan suhu di dalam rumah. Bapanya, Mr Raymond, terlena di sofa kegemarannya. Setiap hari pada waktu yang sama beliau akan membaca surat khabar di sofa itu, cuma kali ini dia terlena lebih awal. Mungkin kerana kepenatan bekerja. Jack mengejutkan bapanya dengan perlahan dan sopan. Bapanya tersedar dan mereka berdua menuju ke dapur bersama.

Selepas selesai makan malam, Jack terus ke biliknya di tingkat atas.  Mencari katil bujangnya yang lembut dan empuk. Jack baring seketika sambil merenung ke syiling. Dalam fikiran nya memikirkan tentang apa yang berlaku pada hari ini. Menyambung kembali angan-angannya semasa di dalam kelas siang tadi. Tidak beberapa lama, Jack tersentak.

“Amanda!!” jerit Jack.

Jack lantas bangun dari katil dan terus ke meja belajarnya mencari laci yang tertutup rapat dan kemas. Apa yang hendak di carinya adalah sekeping surat yang di terimanya dari Amanda petang tadi. Dia mencapai tangan nya jauh kedalam laci meraba-raba mencari surat itu. Jack kembali duduk di katilnya bila surat Amanda berada di tangannya.

“Khas untuk awak..? hmm..” baca Jack dari sampul surat Amanda.

Jack membuka sampul surat itu dengan teliti supaya segalanya tidak dirosak kan atau koyak. Kerana pada Jack, ianya seperti sesuatu yang terlalu berharga pernah dia perolehi selama ini. Surat dari Amanda, memang sangat-sangat berharga. Apatah lagi dia seorang pelajar perempuan yang di gilai ramai di sekolah. Dan kini, surat istimewa dari Amanda berada di tangan nya.
           
            Jack menarik perlahan kepingan surat yang terlipat cantik dan kemas sekali. Kertas berwarna putih itu dibuka dengan penuh hati-hati seraya dengan degupan jantung Jack yang berdegup laju. Ianya dibuka sepenuhnya. Tulisan yang kemas dan cantik dibaca Jack dengan teliti.

Hi,
Saya suka gaya awak.
Boleh kita berdua menjadi kawan?
Kalau awak sudi, datang jumpa saya di depan sekolah malam ini jam 8.30.
Saya akan tunggu awak di situ.
Saya akan faham kalau awak tidak muncul. =(

Ini nombor saya. Just in case.
Xxx xxx xxxx

XOxo
Sweet Amanda.

       Jack merasai satu perasaan yang tidak pernah dia alami. Dia tersenyum. Surat istimewa dari Amanda itu sememangnya istimewa padanya.

            “Sudi?? Sudah tentu labih dari itu..!!” Jack gembira.
           
            “Nanti..” Jack kaku.

            “8.30??” Jack tertanya-tanyakan tentang waktu. Dia mengalihkan pandangannya ke arah jam nya di atas meja.

            “Ya tuhan, 8.45?!! damn..!!” Jack kelam kabut. Dia mencapai jaket sejuknya berwarna merah hati dan menyarungkan di atas badannya, mencengkam telefon bimbitnya, dan beg galasnya yang menyimpan pelbagai barang peribadinya. Begegas turun menuju ke pintu hadapan rumahnya ketika ibunya menegur.

            “Mahu ke mana malam-malam macam ni Jack..?” tanya ibunya sekaligus mematikan langkah Jack di hadapan pintu.

            “Owh..err..saya mahu ke rumah Johny sebentar..ada projek sains sebagai kerja rumah musim cuit semester ini yang perlu kami siapkan bersama..” Jack menipu.

            “owh ok..baiklah..hujan lagi diluar sana..jangan lupa baju hujan kamu..dan ingat, jangan balik terlalu lewat..dan jangan sesekali lalu di kawasan pondok depan sana..” nasihat ibunya., keras.

            Perasaan seram mula menjalar dari dalam tubuh Jack apabila ibunya menyebut tentang kawasan hitam itu. segala ingatannya tentang cerita neneknya dahulu mula kembali aktif berlegar di kotak fikirannya.
           
            “Saya pergi dulu..! “ kata Jack memberitahu kepada ibunya.
           
            “Ok sayang..” balas ibunya.

            Jack mencapai baju hujan yang di sangkut ibunya di dinding sebelah pintu keluar rumah, dan memakainya. Di luar masih hujan, namun masih tidak terlalu lebat untuk di redahi Jack. Dia keluar dan menutup pintunya. Memerhati keadaan sekeliling mencari basikal BMX yang disayanginya. Jack mendapatkan basikalnya di bangsal kereta ayahnya dan terus mengayuh keluar dari halaman depan rumahnya. Kayuhannya yang laju di sengajakan dengan niat segera melintasi kawasan larangan yang dilarang ibunya sebentar tadi. Hanya itu saja jalan pintas untuk sampai ke sekolah dengan cepat. Yang penting, dia perlu sampai di sana bagi menjawab surat dari Amanda.

            Hujan semakin lebat. Guruh sudah mula berdentum memberi gegaran dari atas langit seolah-olah dunia sedang digoncang. Kilat sabung menyabung boleh kelihatan jauh di ufuk seperti sebatang garfu gergasi mencucuk gunung-ganang di horizon. Jack mempercepatkan kayuhannya sebelum sampai ke kawasan perkarangan pintu masuk utama sekolah. Dua batang lampu jalan yang berdiri teguh memberi bantuan menerangi keadaan sekitar yang sudah sememangnya gelap. Terdapat ruang pejalan kaki di hadapan tembok sekolah yang memang didirikan berbumbung bagi membantu pelajar-pelajar berteduh dari hujan dan panas. Basikal di sandarkan didinding tembok. Matanya meliar seolah-olah mencari sesuatu ke luar sempadan terang.

            “Amanda..!” sahut Jack mengharapkan  panggilannya berjawab.
           
“Amanda..!”
           
“Hmm..mungkin dia sudah balik..damn..!” Jack kecewa.

“Jack..?”

Satu suara yang memanggil namanya dari dalam kawasan sekolah yang gelap. Pintu depan sekolah yang tidak berpagar sememangnya memudahkan sesiapa sahaja untuk keluar dan masuk ke kawasan sekolah. Namun ianya melanggar peraturan jika masuk ke dalam di luar waktu persekolahan apatah lagi sekarang ini sudah mula cuti semester. Pada waktu-waktu begini, pengawal keselamatan sekolah akan meronda. Tetapi pada malam ini seperti tiada sesiapapun. Pos sentri mereka juga sepeti tiada sesiapa memandangkan lampu yang tidak menyala. Jack meneliti.

“Amanda?? Itu awak? Dimana awak? Saya tidak nampak..”

“Saya di sini..” Amanda yang memakai jaket tebal berwarna ungu keluar dari kegelapan. Seluar jeans birunya kelihatan sedikit kebasahan. Rambutnya diikat kemas kebelakang menyerlahkan wajahnya yang comel walaupun didalam keadaan yang gelap. Sekurang-kurangnya Jack berfikiran begitu.

“Amanda..maaf..saya terlambat..”

“Owh tidak apa-apa..saya juga baru saja menunggu..hmm..awak datang..” Amanda tersenyum kegembiraan.

“Owh..ya..err..ya..” Jack tersipu malu.

“Owh..awak tunggu saya dalam kawasan sekolah..tidak takut ditangkap pengawal keselamatan?” tanya Jack cemas.

“Haha..” Amanda terasa lucu dengan kata-kata yang terbang keluar dari mulut Jack.

“Jangan risau, saya sudah memerhatikan keadaan sekeliling dari mula-mula saya sampai sebentar tadi..saya rasa mereka semua berehat sebentar..jom, ikut saya..!!” Amanda menarik tangan Jack dan berlari kedalam kawasan sekolah. Menuju ke blok utama sekolah tempat dimana terletaknya bilik guru-guru dan makmal sains sekolah. Blok utama sekolah itu adalah blok yang terbesar didalam sekolah. Reka bentuk struktur binaannya yang sangat kuat dan kukuh menjadi perhatian utama dalam kualiti binaan apabila fakta sekolah ini sebenarnya telah hampir 50 tahun didirikan menjadi maklumat berharga kepada penduduk-penduduk disitu. Ianya didirikan mengikut rekaan gaya inggeris klasik. Jika dilihat dari jarak jauh, ianya tidak ubah seperti sebuah bangunan kurun ke 13 dan 14. Blok-blok sekolah yang lain hanya dibina selepas blok yang lama di robohkan beberapa tahun yang lalu. Hanya blok utama ini di benarkan berdiri kukuh diatas tanah bumi ini.  

Jack masih lagi tersipu apabila Amanda memegang tangannya. Degupan jantungnya berdegup laju. Tertanya-tanya kemana arah tuju mereka berdua itu. Amanda membawa mereka jauh ke dalam kawasan sekolah.

“Err..Amanda, ke mana kita nak pergi?” tanya Jack.

Mereka sampai ke bangunan utama sekolah. Berlindung dibawah bumbung dari hujan yang masih turun.

“Saya ada sesuatu yang hendak saya tunjukkan pada awak..tetapi tidak boleh di sini..terlalu bahaya..” kata Amanda sambil memandang tepat ke arah muka Jack.

“Owh..ok..” Jack membalas pendek kerana masih lagi bingung dengan tujuan mereka berdua di situ.



Amanda menghampiri pintu utama yang di kunci rapi dan berantai. Ini perkara biasa dalam aspek keselamatan bagi mengelak kecurian dan di pecah masuk. Amanda mencapai sesuatu ke dalam beg galasnya dan mengeluarkan gugusan kunci yang di himpunkan bersama. Ianya kelihatan seperti segugus anggur yang sudah masak ranum.

“Wow wow..nanti dulu..awak nk pecah masuk ke dalam sekolah?? Awak tahu kita akan dibuang jika ditangkap bukan..?” Jack cemas.

Amanda hanya tersenyum melihat Jack.

“Percayakan saya..ada saya beritahu awak yang bapa saya seorang pakar kunci..?” nada Amanda seperti sindiran.

“err..nope..” nafi Jack.

Amanda senyum. Senyuman nya yang manis itu membuatkan Jack tidak mahu bertanya apa-apa lagi. Amanda mengasingkan anak kunci yang banyak dan mencari anak kunci yang sesuai untuk memecahkan kombinasi kod ibu kunci dihadapannya. Amanda mencuba satu anak kunci di tangannya. Jack di belakangnya memeluk dirinya kerana kesejukan dan persaan takut di tangkap akibat kesalahan yang sedang dia lakukan. Walaupun secara teknikalnya bukan dia yang memecah masuk, tetapi menjadi rakan subahat juga akan terima hukuman yang sama. Dan menjaga keselamatan Amanda juga penting padanya.

Setelah tiga kali mencuba, Amanda mengeluarkan anak kuncinya yang ke empat untuk terus mencuba. Dengan harapan agar ianya berjaya membuka ibu kunci yang besar itu. dia memasukan anak kunci itu perlahan dan memusingkannya.

Satu bunyi klik yang begitu menggembirakan buat Amanda berbunyi. Ianya memang di tunggu-tunggu Amanda bagi menandakn yang dia telah berjaya membuka ibu kunci tersebut.

“Yes!! Ia berjaya..” Amanda gembira.

“Mari..! “ Amanda mengajak Jack masuk kedalam selepas meleraikan rantai besi yang membelit pemegang pintu sekolah itu.

Mereka berdua melangkah masuk kedalam bangunan sekolah yang gelap. Pintu di tutup belakang mereka. Sebuah dewan lobi sekolah yang sememang nya luas dan besar menjadi tempat pelajar-pelajar berhimpun dan sesak jika ianya diwaktu persekolahan. Namun sekarang ianya sunyi sepi sehingga mereka boleh mendengar degupan jantung mereka sendiri. Kedegngaran titisan hujan di luar dan bunyi guruh yang sudah memulakan tugasnya seperti yang telah dijadualkan.

            Dihadapan mereka terbina sebuah seni arca yang diperbuat daripada besi aluminium seperti sebuah tugu peringatan. Ianya berbentuk logo sekolah mereka. Setiap lengkung dan bentuk di lenturkan dengan teliti. Besar dan tinggi beberapa meter. Ianya dibina teguh diatas sebuah tembok batu bata yang susunannya berbentuk silinder. Tingginya dalam ukuran beberapa cm sahaja. Mungkin hanya setinggi paras lutut seorang manusia dewasa yang normal. Dibelakangnya terdapat sebuah tangga besar yang menghubungkan tingkat bawah dan tingkat satu. Ukiran yang halus diukir di sepanjang sisi tangga jelas boleh kelihatan dari pintu utama bangunan. Seni ukirannya itu menunjukkan bahawa perekanya adalah seorang yang teliti dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi.

          “Woo..keadaan di sekolah pada waktu malam jauh lebih menggerunkan..” kata Jack keseraman.

            “A..Amanda, apa yang kita buat di sini? “ Jack bertanya kepada Amanda sambil matanya memerhati keadaan sekeliling yang hanya di terangi malap oleh cahaya lampu yang akan terpasang hanya pada waktu malam.

          Amanda berjalan ke arah arca di hadapannya, lalu duduk di tembok batu bata yang menampung arca tersebut. Jack mengikut dan duduk disebelahnya.

       “Terima kasih kerana sudi datang..saya sangat-sangat gembira..” kata Amanda sambil tersenyum kepada Jack.

            “Owh..tiada masalah..jangan risau tentangnya..” jawab Jack keseganan

           ”Betul, saya sangat-sangat gembira yang awak datang pada malam ni..ianya sangat bermakna buat saya..awak sudah membaca surat saya tu..terima kasih..” sambung Amanda.

            “err..Ya..saya baca..terima kasih kerana sudi memberi surat itu kepada saya..” jawab Jack.

            “Jadi apa yang akan berlaku selepas ini? Maksud saya..err..kepada kita berdua..” tanya Jack teragak-agak.

            Amanda hanya tersenyum dan memandang tepat ke mata Jack

            “Kita boleh menjadi kawan baik..dan mungkin…lebih dari seorang kawan…siapa tahu..” jawab Amanda.

            “Saya ada sesuatu untuk awak..”

Amanda mengeluarkan  sekeping sampul kecil.

“Tapi sebelum itu..boleh awak berjanji dengan saya satu perkara..?”

Jack memandang Amanda kekeliruan.

“Ya..boleh..sudah pasti..” jawab Jack

“Berjanji dengan saya yang awak hanya akan buka sampul ini apabila awak teringat kan saya yang teramat-amat sangat…hanya bila awak betul-betul teringatkan saya…bukan sekarang..atau bukan bila-bila..tapi hanya pada masa awak teringatkan saya..janji..?” Amanda mahukan jawapan yang pasti.

“Ya, saya janji..” jawab Jack pasti, sambil mengambil sampul kecil itu dari huluran Amanda.

“Terima kasih..” Jack menambah.

“Saya teramat-amat berharap……” Amanda berhenti seketika.

“…….awak akan buka sampul itu satu hari nanti..” Amanda mengalihkan pandangannya ke lantai batu marmar sekolahnya.

“Sudah pasti saya akan bukanya nanti..saya janji dan amat pasti..” jawab Jack berkeyakinan.

“Harap-harapnya…” Amanda tersenyum.

            Jack hanya tertunduk dan senyum. Dalam hatinya juga sangat-sangat gembira dengan detik-detik itu. Ianya sudah pasti akan menjadi kenangan manis yang tidak akan Jack lupakan. Detik dan saat ketika itu seperti terhenti seketika, dan melupakan keadaan sekeliling yang berlaku di sekelilingnya.

            Satu dentuman guruh yang kuat seiringan dengan cahaya panahan kilat yang terang mengejutkan mereka berdua. Lebih-lebih lagi Jack. Perasaan seram dan takutnya tadi telah datang semula.

            “Owh ya..kenapa awak perlu kita berjumpa di sekolah pada waktu begini?” Jack mencari-cari jawapan dari mulut Amanda yang comel itu. Belum sempat Amanda membuka mulut, satu lagi dentuman guruh  mengejutkan mereka berdua. Amanda dengan tidak sengaja menjerit. Amanda ke dakapan Jack reflex akibat terkejut. Jack cuba menenangkan Amanda.

Untuk seketika mereka dalam keadaan sebegitu. Kemudian Jack melepaskan Amanda perlahan-lahan.

“Sorry..” kata Amanda

“Owh..tiada masalah..” Jack tersipu.

“Saya ada sesuatu yang penting yang saya rasa hendak berkongsi dengan awak..tapi tidak boleh disini..” Amanda seperti ingin mencadangkan sesuatu.

“Mari kita ke makmal di sebelah sana..” Amanda menunjukkan ke bahagian sayap kiri bangunan yang terletaknya semua jenis makmal untuk kegunaan dan kemudahan pelajar-pelajar sekolah. Mereka bangun dari tempat duduk mereka. Sebelum sempat mengatur langah seterusnya, sekali lagi mereka dikejutkan. Tetapi kali ini bukan di sebabkan guruh.

“ADA SESIAPA DI SANA!!!!” jeritan seseorang dari tingkat satu.

Jack dan Amanda memandang sesama mereka. Perasan cemas dan panik mula menular dalam diri mereka berdua . Mereka berlari terus ke arah bilik makmal sains yang dicadangkan Amanda sebentar tadi dan terus menyorok di bawah meja di bahagian paling belakang sekali.

“HELLO!! ADA SESIAPA DI SANA?!!” sekali lagi jeritan itu kedengaran.

            Dalam keadaan makmal yang gelap itu, mereka berdua berdiam diri dan menyorok. Keadaan sangat senyap sehingga mereka berasa boleh mendengar bunyi dari nafas dan degupan jantung mereka sendiri.

            Kedengaran bunyi tapak kaki seseorang sedang menuruni tangga utama. Jack mengintai dari bawah meja. Pintu makmal sekolah itu direka dengan mempunyai cermin yang terletak di tengah-tengah pintu. Ianya bertujuan sesi pembelajaran boleh dipantau oleh guru besar sekolah dari luar pembelajaran. Dari situ Jack boleh nampak serba sedikit keadaan di luar. Satu jalur seperti lampu suluh menyuluh ke sana sini seolah-olah seseorang sedang mencari sesuatu. Secara faktanya, mereka sebenarnya yang sedang di cari.

            “Sshhhh…” Jack meletakan jari telunjuknya melintangi mulutnya tanda meminta Amanda untuk senyap.

            Amanda berdiam diri dan menutup mulutnya seerat mungkin.

            “HELLO!!!” suara itu kedengaran terlalu dekat dengan makmal. Jack meneliti keadaan sekeliling. Dia boleh mendengar pintu-pintu makmal yang lain di buka dan di tutup. Bunyi tapak kaki sedang menghampiri di depan makmal sains tempat mereka menyorok.

            Kelibat lembaga manusia yang rendah dan gempal kelihatan berdiri betul-betul didepan pintu makmal. Pintu di buka perlahan-lahan. Dan lampu suluh yang dipegangnya disuluh kedalam makmal.

            “Helo..” suara yang perlahan.

Jack boleh nampak wajah kelibat itu walaupun didalam gelap. Dia boleh menekanya dengan mudah berdasarkan rupa bentuk fizikal kelibat tersebut. Serta suara yang selalu didengarinya setiap hari di dalam kelas.

            “En. Nathan..?” Jack berbisik.

Amanda juga kelihatan terkejut mendengar kata-kata bisikan Jack. Apa yang dibuat oleh seorang guru pada waktu-waktu seperti ini. Ini bukan tugas kebiasaan seorang guru apabila mempunyai jadual dan bekeliaran di kawasan sekolah pada waktu malam. Amanda kehairanan.

            Jack kembali duduk dibawah meja apabila kelibat manusia tadi sudah beredar ke bilik makmal sebelah. Dia memandang Amanda. Kedua mereka cuba menghilangkan rasa panik.

            “Apa yang dia buat pada waktu ini?” Jack berbisik.
           
        “Tiada idea.” Bisik Amanda. “Betul ke orang itu adalah En. Nathan?” Amanda ingin mendapatkan kepastian.

            “Agaknya..tapi saya pasti dia adalah En Nathan..” balas Jack.

Keadaan kembali tenang semula bila En Nathan seperti sudah naik ke tingkat satu semula. Mereka melepaskan hembusan nafas yang lega. Jack tersenyum bila mendapati Amanda sudah pun dalam keadaan begitu.

“Keadaan seperti ini amat menyeronokkan..” bisik Amanda tersenyum.

“Owh, awak tidak takut?” Jack berbisik.

“Melanggar peraturan memang sesuatu yang menakutkan jika kita ditangkap..tapi adakalanya ia memang seronok..” Amanda kelihatan sangat gembira.

“Lebih-lebih lagi jika dapat bersama dengan seseorang yang ingin kita kongsikan pengalaman macam ini..” sambung Amanda.

Jack hanya tersenyum mendengar kata-kata Amanda. Walaupun keadaan sekarang amat bahaya pada mereka berdua, tetapi ianya tetap tidak melunturkan semangat Jack untuk terus berharap.

“Jadi, apa yang awak nak tunjukkan pada saya?” Jack balik ke topik asal tujuan utama mereka.

“Keadaan sekarang sudah selamat..awak boleh beritahu saya sekarang.”

“Owh ya..” pendek dari Amanda.

Amanda mengeluarkan sesuatu dari dalam beg galas nya. Ianya segulung skrol yang kelihatan sudah usang dan lapuk. Lalu dia membuka dan membentangkannya diatas lantai tempat mereka bersembunyi. Jack meneliti. Ianya kelihatan seperti sebuah peta yang besar. Sempadan-sempadan dan bentuk geografi yang di tunjukkan di dalam peta itu langsung tidak pernah dia lihat sebelum ini. Peta yang berukuran kertas mahjong itu di bentang sehabisnya oleh Amanda. Terdapat banyak symbol dan tulisan yang tidak dapat difahami oleh mereka.

“Peta?” tanya Jack.

“Mungkin..ianya memang kelihatan seperti peta bukan?” jawab Amanda.

“Di mana awak dapat peta ni?”

“Saya curi..” Amanda seperti serba salah.

“emm? Curi?” Jack ingin tahu lebih lanjut.

“emm.. ya..panjang ceritanya..saya ambilnya dari bilik En. Nathan..secara tidak sengaja..”

“Owh..apa yang berlaku sebenarnya?” tanya Jack lagi.

Belum sempat Amanda menjawab, bunyi guruh berdentum dengan kuat sekali. Sekaligus mengejutkan mereka berdua. Namun kali ini semuanya terkawal. Tiada sesiapa yang menjerit. Bunyi guruh sentiasa berbunyi, menandakan hujan yang turun menjadi semakin lebat. Kemudian mereka kembali meneliti peta asing itu. Dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak, mereka cuba meneka simbol-simbol dan tulisan yang terdapat di atas peta itu.

“Awak faham makna simbol-simbol ini?” tanya Jack.

“Tidak, tetapi saya pasti ianya bukan dari mana-mana bahasa yang ada di atas planet Bumi kita ini.” Amanda menjawab.

            “Saya dah periksa struktur geografi peta ini dengan peta dunia. Tidak ada satu pun yang sama dengan lakaran-lakaran dalam peta ini. Ini bermakna, bahasanya juga bukan dari dunia kita.” Amanda berhati-hati memilih perkataannya.

           Separuh dari hati Jack bersetuju dengan penelitian Amanda, memandangkan dia adalah antara pelajar yang bijak dan terbaik di dalam sekolahnya. Namun separuh dari kepercayaan hati lagi berada di dalam ruang ragu-ragu kerana tidak mungkin ada dunia lain selain dari dunia nyata nya sekarang ini.

            “Apa maksud awak ‘bukan dari dunia kita’?” Jack memerlukan jawapan yang pasti.

         “Saya rasa hanya tuan kepada peta ini saja yang tau kenyataannya.” Amanda memandang tepat ke arah Jack seolah-olah memberitahu sesuatu.

            “En Nathan..!” Jack faham.


 ..............................................................



Thursday, November 10, 2011

Chapter 1 : The Oddness

Hujan. Kedengaran air titisan hujan yang lebat menembusi tingkap sekolah yang luas bepermukaan leper dan lebar. Langit begitu gelap sejak dari pagi lagi. Sudah hampir dua hari keadaan sebegitu.



Suasana di dalam kelas begitu membosan kan. Ternyata ianya di tunjukkan dari setiap muka pelajar-pelajar yang mengikuti kelas Fizik En. Nathan-seorang lelaki Indian-American berukuran tinggi hampir 130 cm, berkepala botak dan mempunyai tahap rabun yang sangat kronik, mungkin hampir buta (ianya jelas berdasarkan ketebalan cermin mata beliau – sekurang-kurang nya semua pelajar berfikiran begitu), berbadan gempal, dan selalu mengenakan skaf bulu bewarna biru di lehernya. Kelihatan sangat-sangat mengjengkelkan. Seorang yang mempunyai tahap kepercayaan pada diri sendiri yang sangat rendah akibat latar belakang kisah hidupnya yang gelap semasa kecil. Dia juga di gelar En. Creepy Clown oleh pelajar-pelajarnya.


Paranoid juga menjadi sebahagian dari personality En Nathan. Pernah terjadi dalam sejarah sekolah, di mana tempat beliau mengajar kini hampir-hampir hangus terbakar akibat kepercayaannya terhadap dunia ghaib yang dikatakan mempunyai kebarangkalian untuk berhubung ke dunia realiti, tempat di mana kita semua hidup sekarang ini. Cubaan untuk membakar sebuah bilik yang di percayai nya menjadi medium vortex dan pintu penghubung antara dua dunia berjaya di hentikan oleh beberapa orang guru lain. Akibat daripada semua itu, hampir dua tahun beliau di gantung dari mengajar.

Bunyi hujan di luar betul-betul memainkan peranan yang penting dalam menjayakan perasaan mengantuk pada setiap pelajar di dalam kelas. Ada juga yang sudah lama terlena dan hanyut dalam dunia mimpi sendiri. Dengan meletakan kepala di atas meja, segala mimpi boleh bermula dari situ. Tiada sesiapa pun yang akan mengganggu bila segala-galanya berlaku hanya di dalam kelas fizik En. Nathan. Hanya kedengaran suara En Nathan dan bunyi hujan di luar kelas. Ya tuhan, ianya betul-betul membosan kan.

Terdapat sepasang mata kacukan berwarna biru yang melabuhkan padangannya ke luar tingkap. Menumpukan focus ratina matanya secara rawak ke atas padang rumput yg menghijau di taman bunga ros sekolah yg terletak hanya beberapa meter berhampiran dari kelas nya. Fikiran nya melayang. Tanpa mengendahkan apa yang berlaku di sekeliling di dalam kelas. Tertanya-tanya tentang sesuatu di benak hati nya. Berfikiran bahawa dia lebih rela bermandi hujan di luar sana berbanding mengikuti kelas yang membosankan  itu. Bukan hanya kelas yang membosankan, malah bandar tempat tinggal nya sekarang ini juga tidak lari dari senarai perkara yang paling membosankan dalam hidupnya. Apa yang dia mahu hanya berhijrah jauh dari tempat tinggalnya yang langsung tidak mempunyai apa-apa pun tarikan. Tambah pula ianya terlalu jauh dari bandar-bandar besar metropolis seperti New York dan Carlifornia. Hanya kawasan perindustrian pemotongan batu di Countryside Marble, Bandar Ponchatoula, sahaja yang menjadikan tempat ini sentiasa di kunjungi orang dari luar sempadan, bagi menguruskan perniagaan kerja-kerja pembinaan rumah dan bangunan. Ya, memang sangat-sangat membosankan.

           Daya khayalannya telah semakin jauh dari tempat duduknya di dalam kelas apabila di kejutkan oleh suara yang biasa didengarinya.

“Jack….Jack….” suara yang menganggunya berbisik di sebelah mejanya.

“Jack..hey..Jack…Jack Raymond ....!! ada sesuatu untuk kau..ambil ni..” sambil menghulurkan sekeping kertas nota berwarna merah jambu. 

“Aku rasa dia suka kan kau…” bisik Johny, rakan sekelasnya, sambil tersengih.

“Ini peluang yang jarang ada Jack…satu dalam seribu..” sambung Johny.

Jack mencapai kertas nota kecil itu dan membeleknya.

........
“Hi..boleh kita berjumpa selepas sekolah..??”
Amanda 
........

               Jack tidak berkata apa-apa selain membaca nota di atas kertas itu. Bermacam perkara yang terbang masuk ke dalam kotak pemikiran seorang remaja berusia 17 tahun itu. Tidak lama selepas itu, dia mengalihkan pandangan mata nya jauh melintasi kelas ke tempat duduk seorang gadis berbaju kemeja merah gelap berlengan panjang, berambut lurus, hitam, panjang hingga ke pangkal bahu dan tersusun rapi. Mempunyai iras-iras wajah kacukan Asia, Amanda, sememang nya seorang gadis yang selalu menjadi idaman pelajar-pelajar lelaki di sekolah itu. Tidak pelik lah si Johny begitu gembira bila gadis itu memberi perhatian kepada rakan baiknya.

            Amanda mengalihkan fokusnya dari En Nathan di hadapan kelas ke tempat duduk Jack dan membalas pandangan Jack dengan senyumannya yang manis. Jack tergamam dan menundukkan mukanya ke meja kerana dengan tiba-tiba terasa malu untuk membalas senyuman Amanda.

            “Dia senyum..itu semestinya petanda yang baik Jack..come on!!” Johny menepuk bahu Jack dengan kuat. Lantaran dengan perbuatan itu, tumpuan En Nathan beralih kepada mereka berdua yang duduk di barisan belakang kelas.

            “En. Johny Den..En. Jack Raymond..nampaknya anda berdua kelihatan sangat-sangat memahami subjek kita pada hari ini..”

Johny dan Jack terkejut dan kaku di tempat duduk masing-masing. Satu kelas juga dengan tiba-tiba menumpukan perhatian kepada mereka.

“Jadi, apa yang boleh anda terang kan tentang kuasa magnetik yang berupaya menentukan arah, jarak dan tenaga elektrik? “ En Nathan menunjuk kan jari telunjuknya ke arah Johny.

“err…emm..magnetik….adalah…errmm..” gamam Johny.

Belum sempat En. Nathan mengatur kata-kata untuk yang seterusnya, loceng sekolah berbunyi dengan nyaring menandakan tamat waktu persekolahan. Satu kelas bergegas bangkit dari tempat duduk masing-masing dan berjalan keluar melalui pintu keluar kelas. Seperti air lalu, dengan begitu cepat meninggalkan En.  Nathan dan pemahaman nya bersendirian di belakang.

            “haha..!! “ jerit Johny.

            “Jumpa lagi selepas cuti semester nanti ya En. Nathan.. mungkin masa itu nanti saya akan dapat menjawab soalan tadi..” senyum Johny sambil berlalu laju di hadapan gurunya. En. Nathan tidak berkata apa-apa kecuali menyimpan perasaan geram terhadap anak didiknya itu.

            “Mari Jack..kita ada misi yang perlu kita selesai kan..” laung Johny sambil mengajak Jack yang berada di belakang nya.

            Koridor sekolah begitu sesak di penuhi pelajar lelaki dan perempuan yang berpusu-pusu menuju ke matlamat destinasi masing-masing. Jack pergi mendapat kan almari pelajar peribadinya. Kunci di seluk ke mangga kunci pintu almari. Pintu almari di buka perlahan, Johny datang mendekati nya.

            “Jadi….di mana kau nak berjumpa Amanda..??” tanya Johny kepada Jack yang sedang menyimpan buku-buku nya ke dalam almari. 

Come on Jack, kau mesti berjumpa dengan dia..peluang macam ni memang tidak akan datang lagi Jack..” kata Johny.

                 “Aku tak akan pergi Johny..” jawab Jack dengan selesa.

         “Aku bukan jenis yang dia suka..mungkin dia nak berjumpa dengan aku hanya kerana nak mengucapkan terima kasih kerana aku menyelamatkan kucing kesayangan nya dari lemas ke dalam kolam tempoh hari..” Jack teringat kan peristiwa lama itu.

            “Atau mungkin dia nak maklumkan kepada kita supaya jangan menaruh harapan yang tinggi untuk keluar bersamanya..”

            “Siapa tahu..” ayat penghabisan Jack.

            “Tapi, kau belum tahu apa yang dia mahu kan, betul? Jadi, just pergi dan berjumpa dengan dia, Jack..” tegas Johny.

“Perkara yang mudah , betul?? “ sambungnya lagi.

            “Tapi…..” kata-kata Jack terhenti di situ sambil matanya memerhatikan seseorang datang menghampiri mereka berdua.

            “Hi…” sapa Amanda kepada Jack dan Johny.

Johny dan Jack tersentak.

            “err..” Jack kaku.

            “Hi….” jawab Johny sambil menyiku lengan kanan Jack.

            “Maaf kalau menganggu perbualan kamu berdua..” balas Amanda sambil tersenyum.

            “Oh tidak..tidak tidak..dan semestinya tidak langsung menganggu apa-apa pun..” jawab Johny sambil tersenyum.

            “Jadi Jack..” Johny menepuk bahu Jack.

            “Kita berjumpa malam nanti, ok…semoga berjaya..aku balik dulu..adios..!!”kata Johny sambil berlalu pergi dengan senyuman sinis kepada Jack.
           
               “Jo..Johny..tunggu..Johny..” bisik Jack berharap agar Johny yang sudah jauh ke hujung koridor akan mendengar suara nya itu.

            “Jadi, apa rancangan awak hujung minggu ini..?” tanya Amanda.

            “Ada sesuatu yang menarik..?”

            “hmm…hujung minggu ini..?” balas Jack sambil mereka berdua berjalan ke hujung koridor sekolah.

          “Tidak pasti..mungkin pakcik saya akan datang melawat kami..selain itu, tidak ada apa-apa aktiviti yang menyeronokkan..faham saja lah pekan kita ni hanya terkenal dengan perlombongan batu..” kata Jack.

            “Jadi bagaimana dengan awak..? “ sambungnya lagi untuk meneruskan perbualan.

            “Mesti ada sesuatu yang mencabar akan awak lakukan nanti kan?”
Amanda senyap. Dan kemudian…

            “Tidak..tidak juga.. saya juga berpendapat bahawa tempat tinggal kita ini memang suatu tempat yang membosankan.” balas Amanda.

Sedikit kegembiraan timbul jauh di dalam hati Jack bila mendengar kata-kata Amanda yang menyimpan pendapat yang sama sepertinya selama ini.

Mereka berdua keluar dari pintu utama sekolah dan berjalan sepanjang koridor tempat pejalan kaki. Hujan masih lagi tidak berhenti turun. Langit begitu gelap seakan-akan ada sesuatu yang menutupi dari atas nya.

“Jadi, awak balik dengan apa?” tanya Amanda.

“Err..biasanya Johny akan tumpang kan saya balik..tetapi hari ni…well..dia..err..” Jack tersekat.

Amanda yang sememangnya sudah memahami situasi sepenuhnya hanya tersenyum melihat gelagat Jack. Payung dikeluarkan dari beg galas kuningnya lalu dibuka.

“Memandangkan kita sehaluan, boleh awak temankan saya berjalan kaki pulang ke rumah?” tanya Amanda.

“Saya ada payung yang besar..kita boleh berkongsi..” Amanda senyum.

“Hanya jika awak sudi..sudah tentu..” sambungnya.

Jack hanya tersenyum dan terus berdiri disebelah Amanda. Perasaan bercampur baur gembira dan malu bersarang di dalam kotak pemikirannya.  Mereka berdua berjalan meredahi hujan yang kelihatan tenang itu. Terus keluar ke pintu gerbang utama sekolah. Bersebelahan dengan tembok batu-bata merah sebagai papan penanda, dengan mempunyai tulisan besar berwarna putih kosong, ianya tertulis :

…………………………..
Welcome
to
Countryside Marble High School
…………………………..

Sebuah padang rumput yang menghijau begitu luas terbentang di seberang jalan bertentangan dengan pintu gerbang utama sekolah. Dari jauh , kelihatan gunung ganang terletak memenuhi pandangan di sudut ufuk ke setiap arah. Hari yang gelap dan hujan yang turun tanpa henti, tetap tidak menghalang pemandangan seperti sebuah lukisan itu menjadi cacat dan terganggu.





Mereka berjalan berdua dibawah payung yang memuatkan dua orang di dalam hujan sambil masing-masing menikmati pemandangan di seberang jalan.

“Pelik kan..hujan sudah dua hari turun tanpa henti..” Amanda memulakan perbualan, sambil melihat-lihat keadaan di sekeliling.

“Yah..mungkin sekarang ini musim hujan..” balas Jack

Mereka melintasi sebuah pondok usang yang terletak di tengah-tengah padang lalang yang tinggi menghijau. Ianya sudah di tinggalkan beberapa dekad dahulu. Disitu dahulunya adalah tempat persinggahan sementara penternak-penternak haiwan dan peladang. Sejak perindutrian di kawasan ini berubah arah, maka ianya sudah tidak lagi diguna dan dibiarkan. Kelihatan bentuk fizikal pondok usang itu mendatangkan perasaan yang tidak selesa dan mewujudkan impulse sejuk terus tulang mereka sebaik mereka memandangnya. Apatah lagi keadaan yang basah hujan membangkitkan suasana yang kurang selesa itu.

"Awak tahu? kawasan ini penuh dengan sejarah yang kurang senang untuk di dengari..lebih-lebih lagi cerita tentang pondok itu.." Jack respon.

"Sejarah yang bagaimana?" tanya Amanda.

"Nenek saya pernah bercerita pasalnya semasa saya kecil...tetapi saya sudah kurang ingat cerita sebenar...apa yang saya ingat, nenek pernah beritahu bahawa ada beberapa orang pernah hilang di kawasan ini..sehingga sekarang mereka masih belum di temui.." perasaan seram mula menusuk kehati Jack.

"Wow..itu betul-betul menyeramkan..agaknya apa yang terjadi kepada mereka yang hilang itu.." Amanda membalas ambil merenung tepat ke arah pondok itu.

Mereka berlalu pergi dari kawasan itu, mempercepatkan langkah mereka meninggalkan kawasan yang penuh sejarah dan misteri itu dibelakang mereka.

By the way, thanks sebab selamatkan kucing saya dulu..baru sekarang saya berkesempatan mengucapkan nya kepada awak..” Amanda senyum.

“owh..jgn susah hati pasal itu..dah menjadi tanggungjawab saya menjaga haiwan-haiwan comel ni..” Jack senyum tersipu.

“Di rumah awak mesti banyak kucing kan?”

Jack terkedu mendengar soalan dari Amanda yang pada fikirannya amat susah untuk memberikan jawapan pada ketika itu. Ini kerana peraturan “NO PETS” di rumah menjadi kan lidah Jack tersekat-sekata.

“emm…ya..ba..banyak..” senyum Jack menyembunyikan rasa serba salah kerana menipu.

“wow, hebat..!! nanti saya boleh singgah ke rumah awak untuk bermain dengan mereka..ok..!!” Amanda kelihatan gembira.

“err..tapi…Amanda..saya..” belum sempat Jack menghabiskan ayatnya…

“Ok, inilah tempat perhentian saya..rumah saya berada tidak jauh dari sini..” celah Amanda sambil menunjuk ke arah simpang susur jalan yang di apit pokok ru tebal di kiri dan kanan.

Hampir 13 meter dari tempat mereka berdiri, kelihatan seperti sebuah rumah batu berwarna putih yang besar terselindung disebalik pokok-pokok ru itu.

“owh, wow..rumah yang cantik..klasik..” Jack teruja.

“yah, rumah peninggalan datuk saya..kini ayah sudah mengubah tempat ini sedikit- demi sedikit..walau apa pn, terima kasih..kerana sudi teman kan saya pulang..” senyum Amanda berterima kasih.

“owh..aa.. yah..tiada masalah..bila-bila masa saja..” Jack membalas.

“Hari masih hujan, awak boleh pinjam payung saya ni dulu..kembalikan nanti ya..” dari Amanda kepada Jack yang sememang nya daripada tadi memegang payung merah jambu memayungi mereka berdua dari sekolah.

“Owh..sebelum saya terlupa..” Amanda menyeluk kedalam poket beg galas nya mencapai sesuatu.

“Buka bila awak dah sampai di rumah nanti ya..” Amanda menghulurkan sekeping sampul surat berwarna putih dengan tulisan berdakwat jingga yang berbunyi “Khas Untuk Awak”. Amanda cuba menyembunyikan perasaan malunya dengan memandang ke tempat lain.

 Jack mengambil dengan baik dan Amanda terus berlari ke rumahnya sekuat hati seolah-olah tidak mahu basah kehujanan… meninggalkan Jack sendirian yang sedang tersenyum terlalu gembira dan gugup berdiri di bawah payung merah jambu yang di pegangnya. Dia sendiri tidak mengerti perasaan nya pada ketika itu.


…………………………..