Hujan. Kedengaran air titisan hujan yang lebat menembusi tingkap sekolah yang luas bepermukaan leper dan lebar. Langit begitu gelap sejak dari pagi lagi. Sudah hampir dua hari keadaan sebegitu.
Suasana di dalam kelas begitu membosan kan. Ternyata ianya di tunjukkan dari setiap muka pelajar-pelajar yang mengikuti kelas Fizik En. Nathan-seorang lelaki Indian-American berukuran tinggi hampir 130 cm, berkepala botak dan mempunyai tahap rabun yang sangat kronik, mungkin hampir buta (ianya jelas berdasarkan ketebalan cermin mata beliau – sekurang-kurang nya semua pelajar berfikiran begitu), berbadan gempal, dan selalu mengenakan skaf bulu bewarna biru di lehernya. Kelihatan sangat-sangat mengjengkelkan. Seorang yang mempunyai tahap kepercayaan pada diri sendiri yang sangat rendah akibat latar belakang kisah hidupnya yang gelap semasa kecil. Dia juga di gelar En. Creepy Clown oleh pelajar-pelajarnya.
Paranoid juga menjadi sebahagian dari personality En Nathan. Pernah terjadi dalam sejarah sekolah, di mana tempat beliau mengajar kini hampir-hampir hangus terbakar akibat kepercayaannya terhadap dunia ghaib yang dikatakan mempunyai kebarangkalian untuk berhubung ke dunia realiti, tempat di mana kita semua hidup sekarang ini. Cubaan untuk membakar sebuah bilik yang di percayai nya menjadi medium vortex dan pintu penghubung antara dua dunia berjaya di hentikan oleh beberapa orang guru lain. Akibat daripada semua itu, hampir dua tahun beliau di gantung dari mengajar.
Bunyi hujan di luar betul-betul memainkan peranan yang penting dalam menjayakan perasaan mengantuk pada setiap pelajar di dalam kelas. Ada juga yang sudah lama terlena dan hanyut dalam dunia mimpi sendiri. Dengan meletakan kepala di atas meja, segala mimpi boleh bermula dari situ. Tiada sesiapa pun yang akan mengganggu bila segala-galanya berlaku hanya di dalam kelas fizik En. Nathan. Hanya kedengaran suara En Nathan dan bunyi hujan di luar kelas. Ya tuhan, ianya betul-betul membosan kan.
Terdapat sepasang mata kacukan berwarna biru yang melabuhkan padangannya ke luar tingkap. Menumpukan focus ratina matanya secara rawak ke atas padang rumput yg menghijau di taman bunga ros sekolah yg terletak hanya beberapa meter berhampiran dari kelas nya. Fikiran nya melayang. Tanpa mengendahkan apa yang berlaku di sekeliling di dalam kelas. Tertanya-tanya tentang sesuatu di benak hati nya. Berfikiran bahawa dia lebih rela bermandi hujan di luar sana berbanding mengikuti kelas yang membosankan itu. Bukan hanya kelas yang membosankan, malah bandar tempat tinggal nya sekarang ini juga tidak lari dari senarai perkara yang paling membosankan dalam hidupnya. Apa yang dia mahu hanya berhijrah jauh dari tempat tinggalnya yang langsung tidak mempunyai apa-apa pun tarikan. Tambah pula ianya terlalu jauh dari bandar-bandar besar metropolis seperti New York dan Carlifornia. Hanya kawasan perindustrian pemotongan batu di Countryside Marble, Bandar Ponchatoula, sahaja yang menjadikan tempat ini sentiasa di kunjungi orang dari luar sempadan, bagi menguruskan perniagaan kerja-kerja pembinaan rumah dan bangunan. Ya, memang sangat-sangat membosankan.
Daya khayalannya telah semakin jauh dari tempat duduknya di dalam kelas apabila di kejutkan oleh suara yang biasa didengarinya.
“Jack….Jack….” suara yang menganggunya berbisik di sebelah mejanya.
“Jack..hey..Jack…Jack Raymond ....!! ada sesuatu untuk kau..ambil ni..” sambil menghulurkan sekeping kertas nota berwarna merah jambu.
“Aku rasa dia suka kan kau…” bisik Johny, rakan sekelasnya, sambil tersengih.
“Ini peluang yang jarang ada Jack…satu dalam seribu..” sambung Johny.
Jack mencapai kertas nota kecil itu dan membeleknya.
“Hi..boleh kita berjumpa selepas sekolah..??”
Amanda
........
Jack tidak berkata apa-apa selain membaca nota di atas kertas itu. Bermacam perkara yang terbang masuk ke dalam kotak pemikiran seorang remaja berusia 17 tahun itu. Tidak lama selepas itu, dia mengalihkan pandangan mata nya jauh melintasi kelas ke tempat duduk seorang gadis berbaju kemeja merah gelap berlengan panjang, berambut lurus, hitam, panjang hingga ke pangkal bahu dan tersusun rapi. Mempunyai iras-iras wajah kacukan Asia, Amanda, sememang nya seorang gadis yang selalu menjadi idaman pelajar-pelajar lelaki di sekolah itu. Tidak pelik lah si Johny begitu gembira bila gadis itu memberi perhatian kepada rakan baiknya.
Amanda mengalihkan fokusnya dari En Nathan di hadapan kelas ke tempat duduk Jack dan membalas pandangan Jack dengan senyumannya yang manis. Jack tergamam dan menundukkan mukanya ke meja kerana dengan tiba-tiba terasa malu untuk membalas senyuman Amanda.
“Dia senyum..itu semestinya petanda yang baik Jack..come on!!” Johny menepuk bahu Jack dengan kuat. Lantaran dengan perbuatan itu, tumpuan En Nathan beralih kepada mereka berdua yang duduk di barisan belakang kelas.
“En. Johny Den..En. Jack Raymond..nampaknya anda berdua kelihatan sangat-sangat memahami subjek kita pada hari ini..”
Johny dan Jack terkejut dan kaku di tempat duduk masing-masing. Satu kelas juga dengan tiba-tiba menumpukan perhatian kepada mereka.
“Jadi, apa yang boleh anda terang kan tentang kuasa magnetik yang berupaya menentukan arah, jarak dan tenaga elektrik? “ En Nathan menunjuk kan jari telunjuknya ke arah Johny.
“err…emm..magnetik….adalah…errmm..” gamam Johny.
Belum sempat En. Nathan mengatur kata-kata untuk yang seterusnya, loceng sekolah berbunyi dengan nyaring menandakan tamat waktu persekolahan. Satu kelas bergegas bangkit dari tempat duduk masing-masing dan berjalan keluar melalui pintu keluar kelas. Seperti air lalu, dengan begitu cepat meninggalkan En. Nathan dan pemahaman nya bersendirian di belakang.
“haha..!! “ jerit Johny.
“Jumpa lagi selepas cuti semester nanti ya En. Nathan.. mungkin masa itu nanti saya akan dapat menjawab soalan tadi..” senyum Johny sambil berlalu laju di hadapan gurunya. En. Nathan tidak berkata apa-apa kecuali menyimpan perasaan geram terhadap anak didiknya itu.
“Mari Jack..kita ada misi yang perlu kita selesai kan..” laung Johny sambil mengajak Jack yang berada di belakang nya.
Koridor sekolah begitu sesak di penuhi pelajar lelaki dan perempuan yang berpusu-pusu menuju ke matlamat destinasi masing-masing. Jack pergi mendapat kan almari pelajar peribadinya. Kunci di seluk ke mangga kunci pintu almari. Pintu almari di buka perlahan, Johny datang mendekati nya.
“Jadi….di mana kau nak berjumpa Amanda..??” tanya Johny kepada Jack yang sedang menyimpan buku-buku nya ke dalam almari.
“Come on Jack, kau mesti berjumpa dengan dia..peluang macam ni memang tidak akan datang lagi Jack..” kata Johny.
“Aku tak akan pergi Johny..” jawab Jack dengan selesa.
“Aku bukan jenis yang dia suka..mungkin dia nak berjumpa dengan aku hanya kerana nak mengucapkan terima kasih kerana aku menyelamatkan kucing kesayangan nya dari lemas ke dalam kolam tempoh hari..” Jack teringat kan peristiwa lama itu.
“Atau mungkin dia nak maklumkan kepada kita supaya jangan menaruh harapan yang tinggi untuk keluar bersamanya..”
“Siapa tahu..” ayat penghabisan Jack.
“Tapi, kau belum tahu apa yang dia mahu kan, betul? Jadi, just pergi dan berjumpa dengan dia, Jack..” tegas Johny.
“Perkara yang mudah , betul?? “ sambungnya lagi.
“Tapi…..” kata-kata Jack terhenti di situ sambil matanya memerhatikan seseorang datang menghampiri mereka berdua.
“Hi…” sapa Amanda kepada Jack dan Johny.
Johny dan Jack tersentak.
“err..” Jack kaku.
“Hi….” jawab Johny sambil menyiku lengan kanan Jack.
“Maaf kalau menganggu perbualan kamu berdua..” balas Amanda sambil tersenyum.
“Oh tidak..tidak tidak..dan semestinya tidak langsung menganggu apa-apa pun..” jawab Johny sambil tersenyum.
“Jadi Jack..” Johny menepuk bahu Jack.
“Kita berjumpa malam nanti, ok…semoga berjaya..aku balik dulu..adios..!!”kata Johny sambil berlalu pergi dengan senyuman sinis kepada Jack.
“Jo..Johny..tunggu..Johny..” bisik Jack berharap agar Johny yang sudah jauh ke hujung koridor akan mendengar suara nya itu.
“Jadi, apa rancangan awak hujung minggu ini..?” tanya Amanda.
“Ada sesuatu yang menarik..?”
“hmm…hujung minggu ini..?” balas Jack sambil mereka berdua berjalan ke hujung koridor sekolah.
“Tidak pasti..mungkin pakcik saya akan datang melawat kami..selain itu, tidak ada apa-apa aktiviti yang menyeronokkan..faham saja lah pekan kita ni hanya terkenal dengan perlombongan batu..” kata Jack.
“Jadi bagaimana dengan awak..? “ sambungnya lagi untuk meneruskan perbualan.
“Mesti ada sesuatu yang mencabar akan awak lakukan nanti kan?”
Amanda senyap. Dan kemudian…
“Tidak..tidak juga.. saya juga berpendapat bahawa tempat tinggal kita ini memang suatu tempat yang membosankan.” balas Amanda.
Sedikit kegembiraan timbul jauh di dalam hati Jack bila mendengar kata-kata Amanda yang menyimpan pendapat yang sama sepertinya selama ini.
Mereka berdua keluar dari pintu utama sekolah dan berjalan sepanjang koridor tempat pejalan kaki. Hujan masih lagi tidak berhenti turun. Langit begitu gelap seakan-akan ada sesuatu yang menutupi dari atas nya.
“Jadi, awak balik dengan apa?” tanya Amanda.
“Err..biasanya Johny akan tumpang kan saya balik..tetapi hari ni…well..dia..err..” Jack tersekat.
Amanda yang sememangnya sudah memahami situasi sepenuhnya hanya tersenyum melihat gelagat Jack. Payung dikeluarkan dari beg galas kuningnya lalu dibuka.
“Memandangkan kita sehaluan, boleh awak temankan saya berjalan kaki pulang ke rumah?” tanya Amanda.
“Saya ada payung yang besar..kita boleh berkongsi..” Amanda senyum.
“Hanya jika awak sudi..sudah tentu..” sambungnya.
Jack hanya tersenyum dan terus berdiri disebelah Amanda. Perasaan bercampur baur gembira dan malu bersarang di dalam kotak pemikirannya. Mereka berdua berjalan meredahi hujan yang kelihatan tenang itu. Terus keluar ke pintu gerbang utama sekolah. Bersebelahan dengan tembok batu-bata merah sebagai papan penanda, dengan mempunyai tulisan besar berwarna putih kosong, ianya tertulis :
…………………………..
Welcome
to
Countryside Marble High School
…………………………..
Sebuah padang rumput yang menghijau begitu luas terbentang di seberang jalan bertentangan dengan pintu gerbang utama sekolah. Dari jauh , kelihatan gunung ganang terletak memenuhi pandangan di sudut ufuk ke setiap arah. Hari yang gelap dan hujan yang turun tanpa henti, tetap tidak menghalang pemandangan seperti sebuah lukisan itu menjadi cacat dan terganggu.
Mereka berjalan berdua dibawah payung yang memuatkan dua orang di dalam hujan sambil masing-masing menikmati pemandangan di seberang jalan.
“Pelik kan..hujan sudah dua hari turun tanpa henti..” Amanda memulakan perbualan, sambil melihat-lihat keadaan di sekeliling.
“Yah..mungkin sekarang ini musim hujan..” balas Jack
Mereka melintasi sebuah pondok usang yang terletak di tengah-tengah padang lalang yang tinggi menghijau. Ianya sudah di tinggalkan beberapa dekad dahulu. Disitu dahulunya adalah tempat persinggahan sementara penternak-penternak haiwan dan peladang. Sejak perindutrian di kawasan ini berubah arah, maka ianya sudah tidak lagi diguna dan dibiarkan. Kelihatan bentuk fizikal pondok usang itu mendatangkan perasaan yang tidak selesa dan mewujudkan impulse sejuk terus tulang mereka sebaik mereka memandangnya. Apatah lagi keadaan yang basah hujan membangkitkan suasana yang kurang selesa itu.
"Awak tahu? kawasan ini penuh dengan sejarah yang kurang senang untuk di dengari..lebih-lebih lagi cerita tentang pondok itu.." Jack respon.
"Sejarah yang bagaimana?" tanya Amanda.
"Nenek saya pernah bercerita pasalnya semasa saya kecil...tetapi saya sudah kurang ingat cerita sebenar...apa yang saya ingat, nenek pernah beritahu bahawa ada beberapa orang pernah hilang di kawasan ini..sehingga sekarang mereka masih belum di temui.." perasaan seram mula menusuk kehati Jack.
"Wow..itu betul-betul menyeramkan..agaknya apa yang terjadi kepada mereka yang hilang itu.." Amanda membalas ambil merenung tepat ke arah pondok itu.
Mereka berlalu pergi dari kawasan itu, mempercepatkan langkah mereka meninggalkan kawasan yang penuh sejarah dan misteri itu dibelakang mereka.
“By the way, thanks sebab selamatkan kucing saya dulu..baru sekarang saya berkesempatan mengucapkan nya kepada awak..” Amanda senyum.
“owh..jgn susah hati pasal itu..dah menjadi tanggungjawab saya menjaga haiwan-haiwan comel ni..” Jack senyum tersipu.
“Di rumah awak mesti banyak kucing kan?”
Jack terkedu mendengar soalan dari Amanda yang pada fikirannya amat susah untuk memberikan jawapan pada ketika itu. Ini kerana peraturan “NO PETS” di rumah menjadi kan lidah Jack tersekat-sekata.
“emm…ya..ba..banyak..” senyum Jack menyembunyikan rasa serba salah kerana menipu.
“wow, hebat..!! nanti saya boleh singgah ke rumah awak untuk bermain dengan mereka..ok..!!” Amanda kelihatan gembira.
“err..tapi…Amanda..saya..” belum sempat Jack menghabiskan ayatnya…
“Ok, inilah tempat perhentian saya..rumah saya berada tidak jauh dari sini..” celah Amanda sambil menunjuk ke arah simpang susur jalan yang di apit pokok ru tebal di kiri dan kanan.
Hampir 13 meter dari tempat mereka berdiri, kelihatan seperti sebuah rumah batu berwarna putih yang besar terselindung disebalik pokok-pokok ru itu.
“owh, wow..rumah yang cantik..klasik..” Jack teruja.
“yah, rumah peninggalan datuk saya..kini ayah sudah mengubah tempat ini sedikit- demi sedikit..walau apa pn, terima kasih..kerana sudi teman kan saya pulang..” senyum Amanda berterima kasih.
“owh..aa.. yah..tiada masalah..bila-bila masa saja..” Jack membalas.
“Hari masih hujan, awak boleh pinjam payung saya ni dulu..kembalikan nanti ya..” dari Amanda kepada Jack yang sememang nya daripada tadi memegang payung merah jambu memayungi mereka berdua dari sekolah.
“Owh..sebelum saya terlupa..” Amanda menyeluk kedalam poket beg galas nya mencapai sesuatu.
“Buka bila awak dah sampai di rumah nanti ya..” Amanda menghulurkan sekeping sampul surat berwarna putih dengan tulisan berdakwat jingga yang berbunyi “Khas Untuk Awak”. Amanda cuba menyembunyikan perasaan malunya dengan memandang ke tempat lain.
Jack mengambil dengan baik dan Amanda terus berlari ke rumahnya sekuat hati seolah-olah tidak mahu basah kehujanan… meninggalkan Jack sendirian yang sedang tersenyum terlalu gembira dan gugup berdiri di bawah payung merah jambu yang di pegangnya. Dia sendiri tidak mengerti perasaan nya pada ketika itu.
…………………………..
No comments:
Post a Comment