Hujan. Suasana yang lembab dan melekit hasil dari hujan yang masih lagi turun tanpa henti selama dua hari. Gugusan awan hujan yang gelap begitu besar menutupi langit biru di atasnya seolah-olah seperti malam sudah muncul sebelum waktunya. Menimbulkan perasaan yang sangat tidak selesa bila berada dibawahnya. Hari seolah-olah menangisi akan sesuatu yang bakal berlaku di seluruh muka bumi. Angin yang bertiup seolah-olah membawa berita malang ke seluruh pelusuk rantau sebagai tanda amaran akan berlaku sesuatu yang amat dahsyat kepada segala-galanya pada hari ini.
Bunyi deringan besi kedengaran di serata tempat. Begitu banyak cecair merah melitupi serata tanah tempat mereka berpijak. Anak panah bersimpang siur menuju ke arah matlamat yang di tentukan pemanahnya. Jeritan dan laungan semakin hebat, menandakan pertempuran mereka berada di tahap kemuncak. Kematian di sana sini tidak berhenti-henti menambahkan jumlah bilangannya. Di atas tanah tandus, Arcanist, peperangan yang sudah berlangsung bertahun-tahun lamanya menghampiri tahap kemuncak pertempuran. Kedua-dua belah pihak masih tidak timbul perasaan ingin mengalah dalam situasi genting itu.

Sebuah istana, White Lady, masih lagi gah berdiri dengan struktur binaan yang teguh dan hasil seni yang halus, kini sedang mempertahankan dirinya dari serangan penakhluk jahat yang datang jauh melintasi beberapa buah negara dengan niat hanya mahu menakhluki nya. Semua pasukan pertahanan di kerah ke tembok dan menara bagi mengisi ruang dan posisi masing-masing menggalasi tugas meraka mempertahankan negara. Sedikit ketakutan menyala didalam hati mereka membayangkan sesuatu yang melepasi tahap pemikiran yang sepatutnya. Ini kerana mereka semua tahu dan mengerti akan kekuatan kuasa penakhlukan musuh mereka yang amat ditakuti di kebanyakan pemegang-pemegang kuasa wilayah-wilayah Arcanist.
The Dead Gargarich, gelaran yang diberikan kepada mereka dari seluruh pelusuk nusantara tanah jajahan Arcanist. Dengan hanya mendengar nama mereka sahaja, banyak kuasa empayar menyerah diri, tersungkur melutut di bawah kuasa jahat mereka. Pemimpin hebat mereka yang memimpin pejuang-pejuang Legion, tidak pernah kalah di dalam mana-mana peperangan pun. Pemikiran yang beracun ini telah tersebar luas ke seluruh tanah jajahan Arcanist. Secara faktanya, mereka bukan manusia. Tetapi terdiri daripada golongan tengkorak hidup, hantu, pontianak dan zombie yang sepatutnya sudah mati berpuluh ribu tahun dahulu. Mereka di bantu oleh kaum Warhammer (orcs dan goblin). inilah yang membuatkan angkatan perang mereka menjadi lebih perkasa. Sesiapa pun masih lagi tidak memahami misteri kebangkitan mereka. Dalang di sebalik semua ini masih lagi menjadi tanda tanya dan rahsia. Kuasa sihir mati mereka juga sangat dahsyat. Setanding dengan mereka yang pergi menuntut ilmu magik di Carcarin dan Arafaramir, dua negara yang terkenal dengan keagungan seni kuasa magik mereka. Kekuatan barisan serangan mereka sudah hampir-hampir dapat menembusi pertahanan depan Istana White Lady.

Namun pun begitu, ianya tetap tidak mematahkan semangat juang King Roland, Raja agung empayar Arcanist. Bukan sahaja tidak gentar kepada musuh, namun berani berdiri memerangi kuasa jahat itu dengan segala kudrat yang ada demi mempertahankan tanah air tercintanya. Dengan pengalaman peperangan yang banyak, pengetahuan yang luas, pembuat keputusan yang teliti dan semangat yang kental hasil daripada sejarah beliau sendiri, King Roland, terus mengistiharkan peperangan yang genting terhadap kuasa jahat The Dead Gargarich. Bertahun-tahun mempertahankan sempadan mereka di Olroth Borders dari di rampas, dan kini pihak musuh telah berada betul-betul di depan pintu rumah mereka. Sedikit perasaan was-was telah terdetik di hati beliau. Menghakimi keputusan yang dibuat selama ini adalah salah. Berdasarkan keadaan yang sangat genting itu, segala penelitian menjadi kabur dan kelam. Begitu juga dengan tahap pengadilan beliau. Sesiapa pun akan mengalami perkara yang sama apabila berada dalam keadaan yang sangat genting tersebut.
Jeritan kesakitan dan semangat pejuang sentiasa kedengaran di medan tempur. Ianya juga menembusi tembok-tembok batu yang kukuh bergema jauh ke dalam hati Istana White Lady. Ianya menerjah perlahan-lahan ke sepasang telinga milik satu lembaga manusia yang sedang duduk di kerusi raja di tengah-tengah singgahsana diraja. Raut wajahnya yang kelihatan tidak tenang dan risaukan sesuatu teramat-amat terkelihatan. Dahi beliau yang berkeriut dibasahi keringat dingin seolah-olah sedang menahan kesakitan luar dan dalam dirinya. King Roland, menjadi khuatir dengan keadaan di luar istana nya. Kebanyakan wira-wira harapan beliau telah terkorban di medan tempur itu. Yang tinggal kini hanya lah beberapa orang yang sedang memimpin tentera di barisan hadapan, Huor Taralom, seorang lelaki manusia-elf pemimpin tentera dan juga wira Arcanist yang disegani. Pemimpin barisan pertahanan beliau, si kembar, Galadriel dan Amandil Anthor. Yang sedang bertungkus-lumus mempertahankan tembok pertahanan beliau.

Penasihat diraja dan peperangan, Alastor Ladon, seorang pemimpin perang yang paling berpengalaman yang pernah wujud dalam negara Arcanist juga tersenarai sebagai manusia yang sangat dipercayai King Roland. Seingat beliau, sudah berkali-kali beliau menasihati rajanya agar mempertimbangkan keputusan beliau dalam melancarkan serangan terhadap The Dead Gargarich kerana sedar akan kekuatan askar-askar dan kuasa jahat mereka. Tambah lagi apabila The Necromacer dan The Knight of Darkness berada di pihak mereka. Namun pun begitu, fakta tentang jati diri sebagai seorang manusia yang hampir pupus juga tidak boleh di abaikan. Dan kerana fakta ini lah King Roland bersendirian bangkit menentang ancaman ini. Seseorang harus berani menentang semuanya dan seseorang itu adalah raja agung King Roland itu sendiri. Alastor kembali bersemangat bila memikirkan perkara ini kembali.
Dengan berjalan tergesa-gesa memasuki dewan diraja, membawa berita yang teramat berat untuk beliau simpan dan menyampaikan kepada sesiapa pun yang berada didalam dewan itu.
"Beta dah tahu apa yang engkau mahu sampaikan , Alastor…" suara yang lemah dari King Roland.
“Mungkin engkau betul dahulu Alastor, beta tidak sepatutnya menentang mereka…”
“Tidak Tuanku, jangan engkau menyesali dengan segala keputusan mu Tuanku…aku akan sentiasa berada di samping hingga apa saja pengakhirannya …tolong percaya pada diri..demi kami..demi rakyat..demi umat manusia yang masih tinggal Raja ku….” Alastor mencelah.
“Aku sudah hampir berputus asa kerana tidak dapat melihat lagi masa hadapan yang cerah..aku tidak lagi nampak padang rumput luas yg menghijau seperti di Elros..langit biru yang damai seperti Erathia..hutan hijau seperti King’s Wild..laut biru seperti Borrocco Sea….” raja bersuara kesedihan.
“Apa yang aku nampak kini hanyalah kepupusan manusia sejagat dan kejatuhan zaman manusia. Aku sudah tidak ada apa-apa ikhtiar lagi…semuanya telah musnah..mungkin inilah takdir manusia sejagat..akan lenyap dari muka bumi ini..”
“Tidak raja ku..masih ada lagi sedikit harapan lagi…masih ada lagi ikhtiar yang belum kita semua pertaruhkan, Raja ku….” Alastor bersuara dengan pasti.
Seluruh dewan senyap , terkejut dan berdebar-debar menantikan kata-kata Alastor yang seterusnya. Apakah kemungkinan yang masih ada lagi? Semua wira dan tentera telah dikerah mempertahankan negara ini. Apa lagikah kemungkinan harapan yang tinggal? Raja tersentak dengan kata-kata Alastor itu lalu bangun dari singgahsananya dan mendekati Alastor. Alastor harus memilih perkataan seterusnya dengan berhati-hati.
“Habiskan kata-kata mu Alastor…dalam keadaan genting ini, engkau masih lagi mempunyai rasa hati hendak bergurau senda?” tegas Raja.
“Tidak Rajaku, aku bercakap dengan penuh rasa hormat dan benar. Tidak sesekali mempunyai ayat-ayat derhaka daripada ku rajaku…” Alastor tunduk hormat semasa Raja menghampiri beliau.
“Aku percaya kita benar-benar masih mempunyai harapan…apakah engkau sudah lupa wahai Rajaku…!!” tegas Alastor.
King Roland tersentak dan kaku. Seperti sedang memikirkan sesuatu. Jauh di benak hati dan fikiran nya melayang mencari jawapan untuk persoalan dari Alastor sebentar tadi. Dan dengan tiba-tiba King Roland seolah-olah terkejut lalu bersuara dengan lantang….
No comments:
Post a Comment